Seorang aktivis yang juga merupakan peguam, Asiah Abdul Jalil tampil memberikan respon dan komennya terhadap kemelut keluarga yang berlaku di antara penyanyi, Shila Amzah, ibunya, Fauziah Sarman dan dua lagi adiknya iaitu Syada dan Syafiq Amzah.
Artikel Berkaitan: ‘Jujur Mak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila’ – Fauziah Sarman Sedih Kisah Dalam Kain Dicanang
Jiwa keibuan dirobek
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Asiah mengakui agak terkejut dengan nukilan dan kata-kata yang ditulis Fauziah buat anaknya, Shila di Instagram (IG).
Hari ini bila saya baca luahan hati ibu Shila Amzah, jiwa keibuan saya rasa seperti dirobek-robek. Bukan kerana saya marahkan Shila Amzah. Tapi kerana saya marahkan ibunya.
Menurut Asiah, dia sangat membenci golongan ibu bapa yang sering menggunakan kuasa veto mereka dengan menganggap diri mereka sentiasa betul dan dilihat sering menyalahkan anak-anak dalam pelbagai aspek.
Saya paling benci ibu bapa yang mengungkit-ungkit jasanya kepada anak. Saya benci ibu bapa yang mudah berkecil hati dengan anak.
Saya benci ibu bapa yang berharap balasan buruk ke atas anak. Saya benci ibu bapa yang merasakan diri mereka sentiasa betul kerana mereka ialah ibu bapa.
Saya benci ibu bapa yang mengharapkan anak sahaja mesti minta maaf kepada ibu bapa kerana ibu bapa tak pernah bersalah.
Di dalam perkongsian yang sama, Asiah berkata seorang ibu kena sentiasa mengingatkan dirinya sendiri untuk berusaha menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Saya selalu ingatkan diri saya. Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia, ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan. You sign up for that.
Anak-anak tak boleh pilih siapa ibu dan ayah mereka. Apabila dilahirkan, mereka kena terima sahaja siapa ibu dan siapa ayah mereka. Jadi jangan expect anak-anak kita mesti perfect serba-serbi, sedangkan kita sendiri bukanlah perfect serba-serbi.
Satu hari nanti anak-anak akan dewasa dan ada kehidupan mereka sendiri. Sama ada mereka kenang dan balas jasa ibu bapa atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, kita sebagai ibu bapa dah laksanakan tanggungjawab kita sebaiknya semasa membesarkan mereka.
Terdahulu, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman tampil memuat naik hantaran di Instagram (IG) mengatakan dirinya sudah hilang kata-kata melihat anaknya saling bergaduh dan mengaibkan antara satu sama lain di media sosial.
Tambah Fauziah, dia juga seakan sudah tidak mengenali diri Shila yang bertindak membuka pekung di dada mengenai hal keluarga sendiri kepada khalayak ramai.
Walau bagaimanapun, Fauziah telah bertindak memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik.
Sumber: Facebook