Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Cukup-Cukuplah Buat Cerita Melagakan Orang, Tak Pasal Dapat Dosa Kering’ – Zaquan Adha
Artikel Berkaitan: Zaquan Adha Bidas Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini – ‘Kalau Nak Nasihat Atau Bercakap Tolong Pakai Otak’
Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia
Berita pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dilaporkan sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story (IGs).
Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.
Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini.
Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.