berita

Anak Bunuh & Cincang Ibu, Simpan Cebisan Mayat Dalam Peti Sejuk Sebelum Makan Daging ‘Mentah’

April 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: New York Post

Seorang lelaki bernama Albert SG akhirnya dituntut oleh pihak pendakwa raya Sepanyol supaya dijatuhi hukuman penjara selama 15 kerana membunuh ibu kandungnya. Lebih mengerikan apabila suspek tergamak mencincang mayat mangsa sebelum memakannya.

Cekik, cincang ibu

Sekadar gambar hiasan

Insiden ngeri yang berlaku sekitar tahun 2019 ini dipercayai berpunca apabila suspek iaitu Albert SG atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Kanibal Ventas’ telah bertengkar dengan ibu kandungnya di kediaman mereka yang terletak di daerah Ventas, Sepanyol. Ketika pergaduhan itu berlaku, suspek bertindak agresif dengan mencekik ibunya sebelum mengheretnya ke bilik tidur.

Tidak terhenti di situ, suspek kemudian menggunakan gergaji dan dua bilah pisau untuk memotong serta mencincang tubuh badan ibunya. Menurut sumber, apa yang tidak disangka-sangka, suspek didakwa telah menyimpan cebisan mayat mangsa ke dalam peti sejuk dan memakannya selama 15 hari.

Bahkan, suspek bertindak membuang lebihan mayat tersebut ke dalam tong sampah. Semasa soal siasat, suspek mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah memakan sebahagian daging ibu kandungnya secara mentah manakala lebihannya akan dimasak atau diberi kepada anjing.

Mengaku ibu ada di rumah

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, pihak polis berjaya memberkas suspek selepas menerima laporan tentang kehilangan mangsa. Setibanya di rumah, pegawai polis bertanya kepada suspek tentang keberadaan ibunya dan suspek memberitahu bahawa ibunya ada di dalam rumah. Bermula dari situ lah segala-galanya terbongkar.

Susulan daripada tindakan tidak berperikemanusiaan itu, suspek telah dihadapkan ke mahkamah dan pihak pendakwaan menuntut agar Albert dipenjara 15 tahun dan meminta suspek membayar pampasan 90,000 euros (RM445,991) kepada abangnya.

Sumber: Channel News Asia

SKIP THIS AD ×