Anak sulung Zahnita Wilson iaitu Zahrafeena mendakwa semua pendedahan yang dibuat oleh ibunya sebelum ini sudah dirancang lebih awal.
Artikel Berkaitan: Suami Dakwa Jadi Mangsa Keg*nasan, 20 Tahun Sabar Dengan Zahnita Wilson – ‘Dia Cuba Untuk Muay Thaikan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahnita Tak Mahu Anak-Anak Lalui Perkara Yang Sama – ‘Saya Harus Teruskan Perceraian Ini & Bangkit Untuk Diri Sendiri’
Ibu sudah rancang?
Memetik laporan Mstar, Zahrafeena atau lebih mesra disapa sebagai Zahra berkata, gambar mata kiri lebam yang dikongsi ibunya pada 2 Disember lalu didakwa foto lama.
Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan SPM tetapi perkara ini menjadi tular lebih awal. Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama.
Tambah Zahra, apa yang berlaku telah memberi kesan terhadap dirinya apatah lagi sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbicara lebih lanjut, Zahra mengakui dia agak kecewa dengan sikap ibunya yang dilihat seperti mengabaikan tanggungjawab.
Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat. Dia bagaikan tidak ambil kisah fasal saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri.
Disoal mengapa memilih untuk tinggal bersama ayah, Zahra menjawab dia selesa memandangkan tengah menduduki peperiksaan. Ujar Zahra lagi, hubungannya dengan Zahnita dalam keadaan tegang sejak isu tersebut berlaku.
Tiada siapa yang paksa. Saya yang mahu tinggal bersama ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang). Saya boleh sahaja berjumpa ibu kerana rumahnya tidak jauh dari sini. Tetapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa.
Sumber: Mstar