berita

Anak Dapat Tugasan ‘Family Tree’ Lagi, Rita Rudaini Nak Letak Foto Hyun Bin

April 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Rita Rudaini sering berkongsi mengenai aktiviti dan perkembangan anak-anaknya iaitu Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Terbaru, Rita memuat naik posting dan memberitahu bahawa anaknya itu diberi tugasan oleh gurunya untuk membuat carta keluarga atau ‘family tree’ beserta gambar.

Takut teacher pengsan

Meskipun agak janggal kerana Rita dan bekas suaminya, Aidil Zafuan sudah lama berpisah, pelakon ‘Raflesia’ itu dilihat bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya dalam tugasan sekolah anak-anaknya.

Family tree lagi, mommy sebenaqnya nak print picture Hyun Bin ganti tempat daddy. Tapi mommy takut teacher adik pengsan pulak.

Rita turut sempat bergurau di mana dia mahu meletakkan foto pelakon Korea iaitu Hyun Bin sebagai pengganti bekas suaminya dalam tugasan sekolah tersebut.

Kita pula yang nak menangis

Tak dapat bayangkan betapa jauh disudut hati anak-anak sis merindui kasih seorang ayah.

Tak abis lagi ke homework family tree ni mommy.

Tak letak gambar daddy pun okay kot. Mummy la mama. Mummy juga la papa. Wondermom. Kita pula yang nak menangis tengok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila membaca kapsyen yang ditulis oleh Rita. Pada masa yang sama, ada juga di antara mereka yang sebak saat melihat gambar anaknya itu.

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×