berita

Anak Dara Dicakar Leher, ‘Dijenguk’ Dari Tingkap Dapur, Rupanya Terima ‘Kiriman’…

March 18th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sangka zaman serba canggih dan moden ini masih ada yang mengamalkan perbuatan sihir dan khurafat. Individu tidak bertanggungjawab ini sanggup menjatuhkan perniagaan, memporak perandakan rumahtangga, dan membalas dendam demi kepuasan sendiri.

Seperti kisah yang dikongsi Abamjiwa Alhadi, dia sering merasakan jiwanya tidak tenteram ketika berada di rumah. Namun, selepas diperiksa rupa-rupanya..

Nampak kelibat, bayang

(sekadar gambar hiasan)

Ikuti perkongsian individu ini..

“Jenuh aku pikiaq nak share ka dak. Tapi sbb nak beri peringatan aku share la jugak. Dengan izin yang sebaik baik, Pemberi Petunjuk, aku jumpa benda ni lepas subuh tadi. Ada orang kirim kot pokok bunga belakang. Patut la lately anak dara aku ngadu macam2.

Nampak kelibat, nampak bayang sampai takut nak keluar bilik, kena tarik rambut, kena cakar sampai berbekas kat leher. Aku sendiri sejak balik Indonesia susah nak tido malam. Jiwa tak tenteram, kerja tak jalan, kepala berdenyut-denyut otak berserabut. Semalam sampai 4 pagi dok menggelisah tak boleh lena. Pasang aircond pun berasa bahang sampai banjir peluh.”

Ada tanah, duri pokok dengan tulisan tidak difahami

(sekadar gambar hiasan)

“Belakang rumah bunyi macam-macam, 5 hari lepas masa dok masak kat dapur yang mengadap keluar betul-betul kat tempat yang aku korek benda ni, sekilas pandang aku nampak benda berupa macam ni jugak dok jenguk aku masak dari tingkap tingkap. Kemuncaknya awal pagi tadi jugak aku pi dapur nampak kesan tanah berselerak kat lantai.

Cari punya cari Tuhan bg ilham -ruqyah, garam kasar, lada hitam. Dalam dia ada tanah, duri pokok apa ntah tiga batang dan sejenis tulisan yang aku tak paham sebab dah blur teruk. Tak dan nak snap terus aku tawarkan dengan kaedah yang betul dan buang kat hutan belakang.”

Ajar budak mengaji free

(sekadar gambar hiasan)

“Mungkin ada salah aku pada orang yang aku tak sedar, tapi game lagu ni langsung tak gentleman. Aku bukan buat apa pun kat sini, ajar budak mengaji free ja. Benda ni aku tak hantar balik. Bukan kerja aku nak hukum org. Asalkan anak bini aku dalam lindungan pun dah cukup rahmat. Beringat la nuh. Permainan ni masih wujud dan ia syirik grade A.

Aku serah kat Allah. Wallahua’lam. Dan hati aku berasa benda ni ada lagi seketoi tapi taktau dok mana. Kena pi cari lagi. Kot nak join cari harta karun mai la rumah, bawak kfc satu bucket buat pengeras.”

Sumber : Abamjiwa Alhadi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×