Foto: Tribun News
Seorang lelaki dikenali sebagai Dwi Rahayu Saputro dari Srihardono, Indonesia dipercayai sanggup menjual perabot dan atap rumahnya bagi membeli hadiah buat kekasih tersayang.
Difahamkan dia sebelum ini pernah tular dek tindakan tersebut dan lelaki berusia 25 tahun ini didakwa mengulangi kesilapan yang sama.
Demi kekasih tersayang
Foto: Radarbanyumas
Menerusi laporan media tempatan, ibu kepada lelaki ini dikenali sebagai Paliyem menjelaskan anaknya kembali kepada perangai lama selepas dia menarik balik laporan yang dibuat terhadapnya pada 11 Januari yang lalu.
Dakwa wanita ini lagi, selang tiga hari selepas laporan ditarik (14 Januari) anaknya bertindak menjual perabot rumah mereka.
Bukan itu sahaja, lelaki ini dikatakan turut menjual meja, kerusi, almari baju serta dapur gas pemberian Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih.
Apa yang menyedihkan saya, Dwi turut meminta saya menjual beras yang disumbang jabatan kebajikan atas alasan memerlukan duit.
Dia sanggup tampar muka saya dengan kasut kerana enggan mengikuti kemahuannya. Saya ini ibunya, kenapa dia lakukan begini pada saya?
Sama sekali tak akan tarik laporan
Susulan daripada itu, wanita ini akhirnya membuat laporan polis dan menegaskan dia sama sekali tidak akan menarik semula laporan yang dibuat seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Saya tidak akan tarik balik laporan ini kerana sikapnya semakin melampau. Saya harap polis akan tangkap Dwi dan kekasihnya.
Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat lelaki ini yang bertindak memohon maaf kepada ibunya selepas satu laporan polis dibuat.
Sumber: Tribun News & Radarbanyumas