berita

Anak Dia Pun Dia Boleh Halau, Inikan Pula Saya Yang Dia Kutip Di Longkang…

April 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Aktivis terkenal, Syed Azmi menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi luahan sedih seorang wanita apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain. Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut diusir keluar dari rumah yang didiami bersama suami tercinta.

Dihalau oleh suami

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ni saya telah dihalau dari rumah oleh suami. Punca? suami saya kantoi keluar dengan perempuan lain. dan dah beberapa kali “perempuan” ni guna alasan bantu suami saya. Untuk pengetahuan tuan, suami saya orang miskin sebab hidup dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menurut wanita tersebut, dia boleh menerima suaminya meskipun hidup dalam keadaan miskin. Cuma, dia tidak boleh menerima sikap suami yang setiap hari ‘memaki’ dirinya termasuk menyebut hal mengenai perceraian.

Angan-angan beliau tinggi. Macam-macam nak buat. Saya support apa jua yang beliau nak buat. Tapi sebab maki hamun yang hampir setiap hari menjadi peluru hidup pada saya. Depan rezeki pun maki. pendek kata, maki tu memang zikir harian dia. Dia telefon dan hantar mesej halau dekat saya. Masa itu saya berada di Kota Bharu manakala suami di Kuala Lumpur. Dia bagi alasan pergi tengok anak dengan bekas isteri sedangkan dia tengok anak tu 5 hingga 1o minit sahaja.

Tambah wanita tersebut, suaminya sangat lembut tutur bicara jika bersembang dengan orang lain. Tapi jika dengannya semuanya berubah. Jelas wanita itu lagi, dia dihalau keluar dari rumah semasa si suami sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak-anak dengan bekas isterinya.

Tak boleh ada perasaan penat dan letih

Sekadar gambar hiasan

Tahun lepas sebelum PKP pun dia buat saya sampai gila. Nak bincang elok-elok memang tak ada. Saya tak boleh ada perasaan penat atau sedih nak mengadu dekat dia. Saya bangun 5 pagi setiap hari, nak tidur awal 10 malam kena perli. Saya makan ubat darah tinggi. Saya sangat tertekan. Dia balik rumah, saya menggigil tangan takut ada silap. Saya tak tahu apa silap saya. Anak dia pun dia boleh halau, inikan pula saya yang dia kutip di longkang.

Wanita itu juga memberitahu bahawa dia sangat tertekan sehingga menghidap penyakit darah tinggi. Ujarnya lagi, perkongsian yang diluahkan ini sekadar pengajaran buat wanita di luar sana. Kini, wanita tersebut sudah keluar dari rumah berkenaan dan mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh pihak peguam. Jelas wanita itu lagi, dia tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan, tetapi dia yakin Allah akan memberikan rezeki selepas ini.

Sumber: Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×