berita

Anak Dibunuh, Ibu Dirogol 7 Lelaki Durjana

October 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu perkataan yang sesuai yang menggambarkan tindakan tujuh lelaki yang bertindak merogol seorang wanita secara bergilir-gilir.

Bukan hanya dirogol, anak wanita tersebut yang berusia lima tahun, juga dicekik sehingga mati. Kejadian ini berlaku di Bihar India.

Kejam!

Gambar sekadar hiasan

Sebelum wanita tersebut dirogol, anaknya telah dicekik terlebih dahulu dan dia menjadi saksi utama anaknya dicekik sehingga mati. Ketika kejadian, si ibu dan anaknya dalam perjalanan pergi ke bank, namun mereka berdua tidak pulang pada waktu yang sepatutnya.

Menurut Ketua Balai Polis Murar, Manoj Kumar Pathank, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas bapa dan datuk mangsa membuat laporan terhadap tujuh suspek tersebut.

Dijumpai di kolam

Gambar sekadar hiasan

Si isteri dan anaknya dijumpai oleh anggota keluarganya di sebuah kolam yang berhampiran dengan kampung mereka. Mayat si anak telah berjaya dikeluarkan dari kolam tersebut. Si ibu kini, sedang mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan yang stabil.

Pihak polis juga telah menangkap seorang lelaki berusia 50 tahun dan suspek-suspek yang lain bagi membantu siasatan. Mangsa sebelum ini tinggal bersama ibu bapanya kerana mempunyai masalah bersama suaminya.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×