berita

Anak Didera Ibu Bapa Kandung Kini Terlantar Sakit, Alami Kerosakan Saraf, Lumpuh & Tulang Badan Rosak. Kejam!

January 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki sedang terlantar sakit dipercayai akibat dipukul dan didera oleh ibu bapa kandungnya sendiri. Mangsa yang baru sahaja berusia 7 tahun itu mengalami kerosakan saraf kerana perbuatan kejam ibu bapanya.

Didera ibu bapa kandung

Menerusi laporan Tribun News, mangsa yang dikenali dengan nama M Rizki Anugrah itu menjadi mangsa penganiayaan oleh keluarga kandungnya sehingga telah memberi kesan terhadap kesihatannya. Tubuh badan Rizki dilihat terdapat banyak kesan luka dan mempunyai kecederaan teruk pada bahagian kepala. Menurut sumber, ibu bapa Rizki mempunyai 11 orang anak dimana 5 orang daripada mereka telah dihantar dan dirawat oleh orang lain sementara lagi 5 orang masih berada di bawah jagaan mereka.

Rizki pula kini sedang dirawat dan dijaga oleh ibu angkatnya, Alit yang berusia 54 tahun. Menurut Alit, dia sangat sedih melihat keadaan Rizki yang lemah dan tidak bermaya itu. Tambahnya lagi, keadaan bentuk tulang Rizki yang tidak teratur membuatkan dia sukar untuk duduk disamping bahagian belakang badannya juga terdapat luka.

Doktor kata ada berlaku pendarahan pada bahagian otak, matanya tidak boleh melihat dan mulutnya tidak boleh berkata-kata.

Diberi rawatan tradisional

Menceritakan kisah itu, Alit dilihat begitu sedih mengenangkan nasib anak angkatnya yang hanya mampu terbaring dengan keadaan mulutnya yang sentiasa terbuka dan tangan kirinya terkaku. Rizki kini dikatakan sedang diberi rawatan tradisional supaya dapat membantu dalam penyembuhan anak kecil ini.

Sementara itu, Alit turut mengharapakan keajaiban berlaku supaya Rizki diberi kesembuhan dan dapat hidup normal seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×