Seorang individu berbangsa India luah rasa kecewa apabila masih ada yang bersifat perkauman di zaman kini. Kejadian berlaku apabila seorang kanak-kanak berbangsa Cina memanggil anaknya yang ketika itu sedang bermain di kolam renang sebuah hotel dengan perkataan kurang sopan dalam bahasa tamil. Perkara ini turut disaksikan sendiri oleh ibu-bapa kanak-kanak berkenaan.
Panggil anak Apunene, Apunene
(sekadar gambar hiasan)
Kami menginap di salah satu hotel di Batu Ferringhi. Setelah mendaftar masuk ke hotel kami menuju ke kolam renang. Ada beberapa anak di kolam kanak-kanak itu. Aarav, anak lelaki saya yang memang seorang TAMIL INDIA (kulit sawo matang) memutuskan untuk menjaga jarak sosial kerana kami telah memberi amaran kepadanya mengenai wabak COVID dan lain-lain. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki Cina turun dari kolam dan berlari ke ibu bapanya memanggil “Apunene Apunene” beberapa kali.
Ibu bapa mereka ada di sebelah kami. Saya memandang mereka seakan tidak percaya. Mereka buat ‘bodoh’ dan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang berlaku! Bagi saya ini sangat salah!Ini tidak okay! Saya tidak menyalahkan kanak-kanak itu.
Menurut lelaki ini, dia terkejut apabila seorang kanak-kanak memanggil anaknya dengan perkataan tidak baik iaitu Apunene. Malah lebih menyedihkan apabila ibu bapa kanak-kanak itu turut berada disitu tidak menasihatkan anaknya.
Tak sangka perkara ini berlaku
(kredit foto : Rueban Kumar)
Sebenarnya, saya kasihan dengan anak itu kerana mempunyai ibu bapa seperti itu. Ini bukan sesuatu yang baru. Ini adalah kejadian biasa. Saya masih ingat beberapa hari yang lalu, ada orang kongsi tuan tanah yang berbangsa China memutuskan untuk menghentikan penyewaan hanya kerana penyewa itu adalah orang India.
Selepas kejadian itu, anak lelaki saya yang berumur 4 tahun bertanya kepada kami “Apa itu Apunene, mengapa budak itu panggil dia Apunene”. Kami memberitahunya bahawa itu adalah perkataan yang tidak baik dan tidak elok untuk disebut. Kami berlalu pergi dan berjalan ke pantai. Perkara ini buat kami terganggu. Tak sangka ini berlaku pada masa dan zaman sekarang. Ini mesti dihentikan. Sila ajar anak-anak anda untuk menghormati semua orang tanpa mengira agama, warna kulit dan bangsa.
Kejadian itu menyebabkan dia terganggu kerana tidak sangka pada masa kini masih ada orang yang bersifat perkauman begini. Dia turut menasihati agar semua orang mengajar anak menghormati bangsa lain tidak kita agama, warna kulit atau apa.
Sumber : Rueban Kumar