Pempengaruh yang juga doktor perubatan, Dr. Say Shazril memberitahu anak keduanya, Sefriel mengalami trauma selepas kejadian dua pembantu rumahnya kantoi membawa masuk dua lelaki dalam kediamannya, pada Isnin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’
Anak trauma
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Dr. Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berkata, anaknya itu tidak bersuara dan menjadi diam sejurus polis ‘mengajar’ dua lelaki terbabit.
Sefriel mengalami trauma, dia tidak bersuara lepas dengar polis ‘ajar’ bangla/pakistan/ atau apa sahaja warganegara lelaki terbabit.
Bagaimanapun, Dr. Say bersyukur sehari kemudian anaknya kembali aktif dan ceria seperti selalu.
Mujur alhamdulillah, esoknya (Selasa) dia kembali seperti dirinya yang selalu.
Dalam pada itu, Dr. Say memberitahu salah seorang pembantunya sudah dipulangkan semula kepada ejen dan seorang lagi sedang menunggu untuk dikembalikan.
Terdahulu, bapa kepada tiga cahaya mata itu berdepan detik cemas apabila dua pembantu rumahnya tergamak membawa masuk dua lelaki sewaktu dia dan isteri berada di rumah dalam satu kejadian pada Isnin.
Susulan itu, dia telah menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum memecah masuk bilik pembantunya dan kantoi dua lelaki sedang menyorok di dalam selimut dengan keadaan tidak berbaju.
Sumber: Instagram