berita

Anak Emma Maembong Suka Gigit Orang, Netizen Minta Tidak Biasakan Risau Pergi Tadika Nanti

June 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara perbuatan suka menggigit, anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel menerima teguran daripada warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Imej Ditegur Seksi, Emma Maembong Selesa Jadi Diri Sendiri – ‘Susah Nak Puaskan Hati Netizen’

Gigit tangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menerusi Instagram (IG), Emma ada memuat naik sebuah video yang memaparkan anak lelakinya bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar.

Dalam rakaman itu, Shariq dilihat beberapa kali menggigit tangan ayahnya yang sedang tidur. Tindakan anak kecil berusia setahun itu membuatkan ayahnya mengadu kesakitan.

Jangan biasakan

Menjengah di ruangan komen, netizen menegur aktres berumur 30 tahun itu untuk tidak terus membiarkan anak lelakinya berbuat demikian.

Kata mereka, risau perilaku itu akan berlanjutan sehingga Shariq memasuki ke alam persekolahan.

@sherry_al_shah: Maaf Emma kalau boleh tak mau kasi dia biasa buat macam tu.

@eidamuslimah: Ini kalau dekat taska habis la semua budak-budak. Sepupu saya dulu ada macam ini. Habis lebam anak orang.

@cik.tiey: Nanti budak terbiasa sampai la masuk taska. Kesian budak lain jadi mangsa.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut yang berfikiran positif dengan menyatakan Shariq sedang gatal gusi.

Semua ibu bapa akan lalui masa anak asyik nak gigit. Orang tua dulu-dulu cakap gatal gusi.

Sebelum ini, Shariq menggigit tangan ibu saudaranya, Chacha Maembong yang sedang duduk bersalaman dengan Emma pada Hari Raya Aidilfitri.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.

Sumber: Instagram @emma_maembongofficial

SKIP THIS AD ×