berita

Anak Hanya Suka Makanan Manis – Wanita Ini Kongsi Pengalaman & Cara Nak Atasi Anak ‘Picky Eater’ Sebelum Terlambat

July 22nd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

anak picky eater

Ibu mana yang tidak risau jika anak tak mahu makan atau ‘picky eaters’, hanya memilih untuk makan makanan manis atau berperisa. Kebiasaan anak-anak yang memilih makan ini akan menyebabkan tubuh mereka kurus dan tidak sihat.

Seperti dikongsi wanita yang berpengalaman mempunyai anak ‘picky eaters’ ini, anaknya hanya suka benda manis, junk food dan makanan merapu sahaja. Pelbagai cara dah dilakukan sehinggalah dia temui kaedah berguna nak atasi masalah ini. Macam mana tu? Jom baca.

Bashir tak suka makan, hanya suka benda manis, junk food & makanan merapu

Maafkan mama, Bashir.

Dulu Bashir tak suka makan. Hanya suka benda manis, junk food dan makanan rapu. Bila mama masak dia akan rasa sikit dan cakap “Macam tak sedap je” atau buat muka nak muntah. Kadang2 dia tengok je, rasa pun tak nak masakan mama sebab memang dia tak suka “real food”.

Bashir jadi macam tu sebab salah mama. Mama tak masak untuk dia masa baby dulu.

Bashir start solid food dengan ready made bijirin bayi yang dimomokkan sihat tu, terpengaruh dengan iklan. Setiap hari minum air berkultur yang penuh gula tambahan masa umur belum mencecah setahun. Dalam peti ais penuh stok air manis tu khas untuk dia.

Nasib baik sempat sedar kesilapan dan usaha cari ilmu untuk pemakanan sihat anak- anak.
Alhamdulillah atas ilmu Allah.
————-
Ni saya nak kongsi pengalaman saya bagaimana saya berjuang untuk revert balik supaya Bashir tak jadi picky eater.

Bashir sejak umur 3 bulan saya dah start bagi nestum, tak pernah buat puree. Tiada kesedaran untuk homemade food atau healthy food, semua saya sumbat Bashir makan.

Bila dah umur setahun lebih mama ada jugak masak bubur2 sikit tapi memang Bashir reject dan nampak macam tak selera. Masa nak wean off, sy tersilap langkah lagi dengan bagi minuman berkultur tinggi yang penuh dgn gula sebagai ganti susu ibu.

Jadi dalam fridge di rumah memang penuh dgn stok air tersebut untuk Bashir. Sampai satu tahap Bashir tidak lagi mahu consume plain water, ini sangat bahaya sebab boleh menyebabkan kencing manis dan merosakkan buah pinggang. Kemudian saya beri susu formula perisa coklat kepada Bashir kerana bimbang tak cukup kalsium, yang pada hakikatnya susu tu penuh dgn gula.

Tapi mama tak pernah putus asa, mama terus masak dan masak

Sampai Bashir berumur lebih kurang 4 tahun dia langsung tak nak makan makanan yang mama masak, kerana terlampau suka dengan benda2 yang manis. Rasa sangat bersalah dengan Bashir sebab tak jadi mama yang baik. Mama dah insaf.

Untuk adik kembar Bashir, masa twins dah 6 bulan ke atas mama dah start masak utk twins dan berazam nak ubah pemakanan anak2. Sebab dah lihat sendiri kesan buruk kepada Bashir.

So twins memang mama jaga betul2 pemakanan sejak umur 6 bulan smpai 2 tahun memang without garam,gula or even kicap (seminima mungkin). Setiap hari pergi nursery tak pernah tak bawa bekal breakfast,lunch dan snack homemade.

Bila Bashir tengok mama masak untuk twins, Bashir sikit pun tak heran nak makan. Malah bila suruh rasa dia akan buat muka nak muntah. (entah2 mama perasan masak sedap.. :p )

Tapi mama tahu memang dia tak dibiasakan sejak baby untuk makan masakan di rumah, apalagi yang sihat2 tanpa garam gula atau ajinomoto.

Paling mama tak boleh lupa, satu hari mama masak bubur pulut hitam favourite Bashir kalau pergi rumah nenda. Mama masak memang ala2 nenda buatla, cukup semua..tapi bila Bashir rasa ” Emm..macam tak sedap sangat je”

hahaha..aduila…

Itu bubur yang manis, kalau masak nasi goreng lagilah Bashir tak pandang. Dia lebih suka makan oreo, biskut tiger dan sebagainya daripada makan nasi. Even kalau makan di luar atau mana2 pun memang Bashir tak sentuh sangat nasi/ makanan berat.

Tapi mama tak pernah putus asa, mama terus masak dan masak. Sampai satu tahap mama dapat detect yang bashir suka bila mama masak mee hailam, atau pasta dengan soup. Jadi mama pelbagaikan lagi menu, bila masak fikir apa yang Bashir suka nak makan.

Jangan paksa dia makan sampai habis, cukup sekadar rasa

Salah satu cara untuk handle anak yg picky eater ni kita jangan paksa dia untuk makan/habiskan makanan, cukup sekadar rasa. Bashir sebenarnya memang saya tahu dia tak nak rasa dulu.bila dah rasa baru tahu sedap sebenarnya mama masak hehe.

Saya ada terbaca dalam buku “French Kids Eat Everything” cara orang French mengajar anak-anak makan ialah dengan santai tanpa paksa. Bila anak enggan makan contohnya ibu bapa akan cakap:

“Its okay..You don’t need to eat it..you just need to taste it”

Jadi bila anak dengar oh tak perlu makan pun hanya rasa je. Sekali dah rasa makanan tu macam sedap kan terus makan habis. Dari situ anak-anak akan biasa dengan real food dan jadi tak memilih makanan.

Alhamdulillah, syukur sebab sekarang Bashir dah tak memilih…sukarela makan sayur, mama masak semua Bashir makan walaupun tanpa perisa tambahan. Ajinomoto diharamkan di rumah saya.

Apa yang Bashir suka semua Bashir suruh mama buat. contoh donut Bashir suruh mama belajar buat sebab dia nak makan yang mama buat.

So inilah sedikit pgalaman membesarkan anak picky eater, saya tak pernah bagi dia makan suppliment untuk tambah selera. Saya hanya pegang konsep “He needs real food & healthy food”

Jangan pernah introduce makanan manis dan berperisa, jangan beli junk food

Sebenarnya anak2 kecik telan je semua makanan sihat yang kita buat. Semuanya sedap bagi mereka. Kita jangan introduce makanan manis2 dan berperisa. Malah kita sendiri pun jangan beli junk food. Kena kurangkan pengambilan gula. Ingat, kebanyakan penyakit adalah hasil dari apa yang kita makan.

Alhamdulillah suami saya, Mohd Yazid Ismail support usaha saya untuk bagi yang terbaik pada anak2. Saya tahu ada kawan2 yang tak dapat sokongan dari suami, mungkin sebab suami tak nak tengok isteri penat dan banyak habis masa pasal hal ni.. pastu mereka pun rasa kurang perhatian dari isteri :p Padahal ini untuk kebahagian dia jugak sebab jika anak2 hidup sihat ceria, hati suami isteri akan tenang dan bahagia. Para suami kena support isteri.

Kawan2, jom kita cari ilmu pasal pemakanan sihat, untuk anak2 dan diri sendiri.

Kalau boleh kita kurangkan beli processed food seperti nugget,sosej,burger,bebola dan lain2 untuk anak2. Saya pun belajar buat sendiri dan frozenkan. Sekarang saya juga dah gunakan himalayan pink rock salt dan organic raw cane sugar untuk masakan dan minuman. Masih belajar untuk buat sourdough dan gluten free.

Cegah sebelum terlambat. Kita sama- sama kongsi ilmu. Saya akan selalu share arikel yang saya baca, tip-tip dan resepi pemakanan sihat Insha Allah.

sumber: Widyana Ali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×