berita

‘Dugaan Ini Amat Berat Namun..’ – Dua Anak Disahkan Menghidap Penyakit Kepala Besar

December 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi ujian yang perlu ditempuhi keluarga ini. Tiga daripada empat orang anak disahkan menghidap penyakit hydrocephalus akibat lebihan cecair dalam kepala semenjak lahir.

Tambah menyedihkan apabila bapa yang bekerja sebagai buruh berpendapatan RM1500 sebulan tidak mampu membiayai kos perubatan.

Dugaan ini amat berat

Foto : Harian Metro

Mohd Shahrul memangku Nor Rahil Raihan

Ibu, Aishah Mohd Saleh berkata anak keduanya yang menghidap penyakit sama meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan. Walaupun ujian ini terlalu berat, dia tetap pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Dugaan ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.

Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus.

Tambahnya lagi, anak sulungnya, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap penyakit kepala besar semenjak lahir. Hanya anak ketiga daripada empat beradik dilahirkan normal.

Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.

Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa.

Menurutnya, anak bongsu perlu menjalani pembedahan di kepala namun terpaksa ditangguhkan kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.

Perlu jalani pembedahan

Nor Iman Shah (kiri), Nor Rahil Raihan (tengah)

Manakala, kepala anak sulungnya tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan selepas berusia lima hari.

Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.

Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.

Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan.

Suaminya yang hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1500 sebulan tidak mampu pembiayai kos rawatan dua beradik berkenaan. Tambahan pula, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Mereka yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor langsung tidak menjangka menempuh dugaan hebat sebegini melibatkan kesihatan anak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank milik Aishah, 151061655960.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×