Sebelum ini, penyanyi Lan Solo menerima kecaman gara-gara membenarkan anak menari dengan menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga, kali ini giliran pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pula.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Ditegur Netizen, Pilih Tema Huggy Wuggy Untuk Majlis Hari Lahir Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Tegur Nampak Lengan, Wawa Zainal Diam Terkedu – ‘Alhamdulillah Suami Yang Pandai Bimbing Isteri’
Buat video makeup
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, yang sedang mempromosikan jenama solekan Wawa Cosmetics.
Dalam rakaman itu, Hayla yang tampil mengenakan ‘dress’ berwarna hitam dilihat mengikuti ‘trend challenge’ mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.
Meskipun cabaran itu berjaya dilakukan dengan jayanya namun netizen tidak senang hati dengan pemilihan lagu Blood Mary yang mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan dan agama lain.
Tolong lebih sensitif
Di ruangan komen, warganet kesal dengan usahawan berumur 31 tahun yang tidak peka dengan lirik lagu tersebut.
Selain itu, ada segelintir peminat yang menggesa pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin untuk memadam video yang telah mengundang kritikan.
Namun, di sebalik komen negatif, ramai juga yang memuji kepandaian anak kecil berumur enam tahun itu dalam bersolek.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Sumber: Instagram @w4w4_zainal