Profesion guru merupakan profesion mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana guru berperanan menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Bergelar seorang guru bukannya mudah terutama bagi mereka yang bertugas di kawasan pedalaman. Banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu mereka tempuhi.
Menerusi twitter, Shauki Abu kongsi dugaan yang dihadapi keluarganya semasa dia ditugaskan mengajar di kawasan terpencil di Sarawak.
Keluar ke pekan naik perahu
Shauki yang juga merupakan seorang bapa itu terpaksa menaiki perahu menuju ke pekan sebaik sahaja mendapat berita anaknya demam panas dan telah dimasukkan ke hospital.
Cikgu dan guru besar teman
Sepanjang perjalanan menuju ke pekan, lelaki ini ditemani oleh rakan guru dan guru besar. Mereka semua menghantar Shauki ke pekan dan kemudian bertolak semula ke sekolah.
Tiba di hospital
Tambahnya lagi, apabila tiba di hospital dia melihat rakan-rakan isterinya sudah ada di situ untuk menghulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.
Terkandas sebab air sungai deras
Menurut lelaki ini, rakan sekerja dan guru besar yang membantu nya ke pekan itu dikatakan terkandas kerana air sungai yang deras.
4.30 pagi selamat sampai
Pada jam 4.30 pagi, guru dan guru besar berjaya melepasi air sungai yang deras dan selamat tiba di sekolah.
Besar pengorbanan seorang guru
Rata-rata netizen tersentuh dengan pengorbanan yang dibuat oleh guru terutamanya mereka yang bertugas di kawasan pedalaman.
Sumber: Shauki Abu