

Seorang individu meluahkan rasa kesal dengan pengalaman bekerja di sebuah syarikat sehingga nekad untuk berhenti kerja demi kebaikan diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Masalah Kesihatan Punca Didi Astillah Berhenti Kerja Sebagai Pramugari
Artikel Berkaitan: Dibuli Secara ‘Halus’, Hampir Nekad Berhenti Kerja, Jururawat Kongsi Pengalaman Hadapi ‘Workplace Mobbing’
Boss tak bagi solat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), wanita yang dikenali sebagai Wawa itu memaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di tempat kerjanya.
Ujarnya, dia menumpang solat di kedai runcit yang terletak bersebelahan pejabatnya.
Saya berhenti kerja sebab tak boleh solat. Bos Cina.
Biasanya waktu lunch pergi tumpang solat di kedai runcit sebelah. Bila kedai runcit itu tutup, saya terpaksa solat di dalam stor.
Bos nampak dari cctv, dia bagi amaran.
Rupanya selama ini semua kakitangan melayu yang kerja situ, tidak solat.
Bagaimanapun, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia menerima tawaran kerja yang lebih baik selepas nekad untuk berhenti kerja di syarikat lama.
Keputusan yang bijak




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu yang mengutamakan kewajipan sebagai seorang muslim. Selain itu, warganet turut berkongsi pengalaman apabila dilarang solat di tempat kerja.
Komen itu ditulis menerusi Instagram Hot FM yang memuat naik hantaran ‘Alasan Paling Gila Anda, Kenapa Berhenti Kerja?’.
Sumber: Instagram @hotfm976




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
