
Anak kepada usahawan Kak KM iaitu Nabila Razman dihujani pelbagai komen selepas memaklumkan bahawa dia sudah berhenti daripada kerjayanya sebagai pramugari di Singapura.
Artikel Berkaitan: Anak Kak KM Berhenti Kerja Pramugari Di Singapura – ‘Pekerjaan Itu Bukan Untuk Saya’
Artikel Berkaitan: Tak Sanggup Berjauhan Dengan Anak, Kak KM Rancang Kerap Ke Singapura
Dakwaan netizen
Keputusan mendadak tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata mendakwa Nabila tidak dapat melepasi peringkat latihan sebagai kru kabin.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nabila atau lebih mesra disapa Bella dilihat berang lalu mempertahankan dirinya daripada dakwan tersebut.
Tak baca ke? Orang tulis resign, susah nak faham ke sampai nak kena tanya 10 kali?
Ikut kaulah nak fikir apa, beria betul komen banyak kali..macam orang tak sihat.
Dah kalau saya cakap resign tu resign lah..apa yang nak double confirm?
Ramai yang fitnah
Di hantaran Instagram Story pula, Bella menegaskan bahawa dia tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenai pekerjaannya berikutan terikat dengan polisi syarikat penerbangan tersebut.
Saya letak jawatan kerana keluarga saya memerlukan saya di rumah dan sejujurnya saya juga begitu. Banyak juga yang perlu dihadapi, sebab ini kerja pertama saya.
Sekarang semuanya dah tersebar dekat media sosial, dan ada komen yang memang teruk sangat.
Kalau bukan sebab polisi syarikat, saya sudah post surat perletakkan jawatan.
Tambah Bella lagi, dia tidak akan sesekali menuruti kehendak warganet yang mahu melihat bukti tentang kerjayanya kerana akan berdepan dengan tindakan saman andai berbuat demikian.
Ada yang cakap, ‘post pakai uniform dulu.’ Boleh je tapi kau bayarkan saman aku boleh?
Saya dah tanda tangan perjanjian.
Kau ingat tu syarikat bapak kau tak ada peraturan dan polisi? Cakap macam tak pakai otak, kesian. Takkan aku nak kena saman hanya untuk puaskan hati segelintir orang yang bangang bebal, otak cetek.
Selama saya di sana, ada ke saya post update kehidupan? Tiada. Saya senyap di semua platform sebab itu antara peraturannya.
Alhamdulillah, pahala free. Saya tidak akan maafkan sesiapa yang fitnah itu sampai bila-bila.
Terdahulu, Kak KM memaklumkan dia akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anak sulungnya itu memulakan tugas sebagai pramugari.
Difahamkan Bella perlu menjalani latihan selama empat bulan sebelum bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan tersebut.
Sumber: TikTok