Hari ini, pasangan Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana telah sah bercerai talak satu selepas lafaz dibuat di hadapan Mahkamah pagi tadi. Ude juga meminta agar Intan hentikan drama air mata dan perjelas isu sebenar mengenai hubungan mereka.
Artikel Berkaitan : ‘Minta Intan Hentikan Drama Air Mata’ – Ude Wahid Ceraikan Intan Liana Talak Satu
Menerusi laporan terbaru dari Harian Metro, Intan Liana sekali lagi melahirkan rasa terkilan dengan dakwaan pihak bekas suami. Dia turut mempersoalkan bagaimana timbul cerita mereka sudah bermasalah sejak 2 tahun lalu.
Anak kedua baru berusia setahun
Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?
Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda.
Intan Liana Saleh mengemukakan persoalan ketika diminta mengulas dakwaan bekas suami mengenai hubungan mereka yang dikatakan bermasalah sejak dua tahun lalu.
Adakah selama ini sekadar berlakon?
Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?
Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian)… Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini
Ude mendakwa bekas isterinya mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka. Pemuzik bebas itu juga memberi kenyataan bahawa masalah mereka sudah lebih dua tahun berlarutan sebelum beliau mengenali Izreen.
Terkilan dengan dakwaan air mata
Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar.
Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata.
Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua iaitu Arish Muqri 3 tahun dan Ariq Muqri yang berusia setahun. November lalu, kontroversi tercetus apabila Izreen mendedahkan berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.
Sumber : Harian Metro