Meskipun terpalit dengan kontroversi membabitkan bapanya yang didakwa bercinta dengan pelakon, Zarina Anjoulie namun anak kepada usahawan Dato Sri Khazrul Elzey iaitu Syareen memilih untuk tidak mengambil kesempatan dengan populariti ketika itu.
Kontroversi bapa beri impak positif
Ketika ditemu bual OhBulan!, anak muda ini memberitahu sudah berjinak dalam dunia perniagaan sejak berusia 23 tahun. Tambah Syareen lagi, meskipun masih muda tetapi dia seorang yang berdikari dan tidak suka mengharapkan wang daripada keluarga.
Pada tu orang kata baru nak mencari arah kehidupan dari terhanyut dalam dunia keseronokkan remaja. Jadi saya yang ambil keputusan untuk berhenti dan fokus untuk masa depan yang lebih baik. Masa tu saya cuma fikir macam mana nak jadi kaya.
Umur 23 juga lah Rezeki saya saya jumpa mentor bisnes saya sendiri yang bawa saya dan arahkan hidupkan saya ubah 360 darjah untuk kejar kejayaan.
Lebih menakjubkan, Syareen memberitahu dia kini sudah menceburkan diri dalam beberapa perniagaan termasuk memiliki bengkel kereta (Autostrada Italia), mengusahakan kedai pajak emas selain terbabit dalam bidang trading.
Saya joint venture dengan suami saya sendiri dalam pembikinan custom kenderaan. Contoh macam custom van jenazah, ambulans, caravan, Mobile Office dan supply seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Selain tu saya baru berjinak menjadi Signal Provider untuk trading dalam Forex & mempunyai 652 subsricber dalam masa 1 bulan. Saya juga ada kedai pajak emas di Seremban & Upcoming plan adalah teringin nak masuk dalam bidang Product.
Apabila ditanya siapakah mentornya dalam perniagaan, Syareen akui menjadikan bapanya sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
Ibu bapa dan keluarga tak pernah tahu saya buat apa apa when comes to business sebenarnya. Saya bergerak sendiri sampai boleh tunjuk hasilnya dengan adanya kedai sendiri, signboard dah naik baru saya beritahu.
Even masa saya join bisnes usia 23 , family tak pernah tahu sampailah PKP fasa kedua bila semuanya dah berdiiri kukuh baru saya tunjukkan pada mereka dan waktu tu umur i 25 tak silap dan sekarang baru 27.
Bercerita dengan lebih lanjut, Syareen berkata, kontoversi membabitkan bapanya dan aktres Zarina Anjoulie sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada diri dan perniagaannya.
Sampai sekarang kalau saya keluar ada je yang tegur “eh anak papa” “eh anak tiri anju” saya tak kisah apa orang cakap belakangsaya, selagi saya tahu apa saya buat dan hubungan antara saya, papa dan mama anju dalam keadaan baik.
Mama anju sangat baik dengan saya dan sampai sekarang pun dan dia anggap saya macam anak dia. Itu dah besar nikmat yang saya dapat. Jadi mak tiri atau even tak jadi mak tiri saya pun dia layak diberi layanan baik.
Sebagai anak saya doakan dua dua pihak dapat cari kebahagiaan masing-masing yang mereka inginkan.
View this post on Instagram