Umum tahu penyanyi Ernie Zakri sedang sarat hamil anak pertama iaitu kandungannya sudah memasuki tujuh bulan.
Artikel Berkaitan: Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Risau Tengok Keadaan Banjir Di Pahang – ‘Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis’
Naik lori bantu mangsa banjir
Terbaru, Ernie, 29, dilihat turun padang bersama suami tercinta, penyanyi Syamel bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk sejak Sabtu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menghantar barangan keperluan dan bekalan makanan di beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor dengan menaiki sebuah lori.
Terima kasih izinkan saya ikut kam, shurami (suami)! Pengalaman naik lori. Sampai bayi dalam perut bergerak-gerak gembira.
Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin.
Semoga Allah balas jasa baik
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini memuji dengan keprihatinan pelantun lagu Gundah itu biarpun sedang berbadan dua.
Di samping itu, ada juga dalam kalangan pengikut yang mengingatkan pelakon drama Suri Katriana supaya lebih berhati-hati menjaga diri dan kandungan.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.
Terdahulu, negara sekali lagi diuji dengan hujan lebat yang berterusan selama dua hari mengakibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir teruk.
Sumber: Instagram @erniezakri