berita

Anak Lan Solo Dikejarkan Ke Hospital, Kali Ketiga Cedera Di Bahagian Kepala – ‘Berderau Darah ..’

April 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi, Lan Solo berdepan detik cemas apabila anak lelakinya, Muhammad Akid, 8, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada bahagian telinga, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Melecur Separuh Badan Main Bunga Api

Artikel berkaitan: Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Pertama Main Mercun

Telinga kena bucu

Menerusi hantaran di Instagram, Lan atau nama sebenarnya Mohamad Razlan Mohamed Yusof, 38, berkata kejadian berlaku ketika anaknya itu sedang bermain di dalam bilik sebelum terjatuh dan terkena bucu kabinet televisyen.

Jelas Lan, ketika kejadian, dia dan isteri, Nur Sheila tiada di rumah namun telah dimaklumkan oleh anak perempuannya.

Alahai anak, dah nak dekat raya abang oi!

Biasanya budak-budak ni dekat-dekat nak raya kalau ke hospital sebab main bunga api atau mercun. Ini tak, kes lompat-lompat nak terkam apa entah dalam bilik. Telinga terkena bucu kabinet TV.

Allahuakbar, berderau darah daddy mommy (Lan dan isteri) dapat tahu tadi bila kakak whatsapp bagitahu! Daddy mommy tinggalkan kejap je sebab pergi meniaga, tapi itu la, benda nak jadi. Tidak apa lagi, Allah nak bagi ujian dalam bulan baik ni.

Bagaimanapun, bekas ahli kumpulan Kristal itu melahirkan rasa syukur apabila kecederaan yang dialami Akid tidak begitu serius.

Malah, dedah Lan, ini bukan kali pertama anaknya itu mengalami kecederaan di sekitar bahagian kepala apabila sebelum ini pernah berdepan insiden sama sebanyak dua kali.

Alhamdulillah tidak lah major sangat luka kat bahagian telinga tu, tapi biasa lah, mak bapak kan, faham sahaja.

Sebelum ni dahi kiri, lepas itu kanan pulak koyak, kali ketiga ini dekat bahagian telinga pulak,  Akid oh Akid.

Untuk rekod, Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 9, Mohamad Akid Qassyaff, 8, dan Nur Amna Quzandra, 5.

Sumber: Instagram Lan Solo

SKIP THIS AD ×