Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Berdua Contact Sehingga 25 Januari!’ – Isteri Hafidz Roshdi Nasihati Athira Jangan Salahkan Satu Pihak Sahaja
Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri
Dah cuba untuk kuat
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada menyatakan usia kandungannya sudah memasuki 10 minggu. Di kapsyen, Shuhada berharap agar anak ketiganya ini akan kuat berdepan dengan konflik rumah tangga ibu bapanya.
Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu. Ibu sayang anak anak ibu. Maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.
Kata Shuhada, dia sedang mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi namun tidak boleh makan ubat kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi.
Jatuh pengsan
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shuhada mendedahkan dia jatuh pengsan di hospital pada Khamis kerana kondisi badannya yang lemah.
Ceritanya lagi, air matanya juga gugur mengenangkan nasib diri bersama anak-anak.
Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.
Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ini, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ini.
Sebutan semula kes Hafidz dan Nurul Shuhada di Mahkamah Rendah Syariah berhubung isu lafaz cerai kali pertama menerusi aplikasi WhatsApp, ditetapkan pada 9 Mei depan.