Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan anak keduanya, Aali Mateen telah dijangkiti virus influenza.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Nasihat Peminat Perlu Ada ‘Common Sense’, Rasa Tak Selesa Disentuh & Diajak Bergambar Tanpa Kebenaran
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Pandai & Tak Suka Masak’ – Ayda Jebat Selesa Jadi Diri Sendiri
Dijangkiti influenza
Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama lengkap Nur Suhada Jebat, 33, memberitahu, anaknya itu sedang dikuarantin dan meminta semua mendoakan kesembuhan buatnya.
Baru Aali Mateen pandai berjalan, kena influenza pula. Dedek (panggilan Aali Mateen) sedang kuarantin sekarang.
Mohon doakan dia cepat sembuh lepastu boleh makan banyak dan pergi jalan. Bila anak sakit, saya pun lemah. Nanti dah sihat, mama gigit awak.
Menerusi hantaran sama, Ayda turut memuat naik video memaparkan gelagat Aali yang sudah pandai berjalan.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara, Nabil Mahir juga berpesan kepada semua supaya menjaga kesihatan.
Jaga diri semua, sekarang macam-macam virus demam dan sebagainya. Ambil ‘supplement’ dan makan makanan berkhasiat supaya badan kuat.
Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.
Sumber: Instagram