berita

Anak Lelaki Cedera Dalam Nahas Bas, Sharifah Shahirah Mengucap Panjang – ‘Dia Tipu Cakap Bas Rosak’

November 29th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Sharifah Shahirah meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Airell terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka, semalam.

Anak aku dalam bas ni

Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdullillah okay dah ada dekat rumah. Dia tak nak cakap. Dia kata bas rosak. Nasib dia duduk belakang. Mak tak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar.

Menurut Sharifah Shahirah, anaknya itu telah menghadiri festival animasi di Singapura beberapa hari yang lalu. Tambah penyampai radio tersebut, pada awalnya Airell cuba untuk berselindung daripada bercerita mengenai perkara yang sebenar kepadanya. Walau bagaimanapun, rahsia tersebut terbongkar apabila Sharifah Shahirah mendapati terdapat kesan luka di kepala Airell.

Sepatutnya suami saya ambil dia jam 5 pagi, tapi bila saya bangun pagi tengok anak saya masih belum sampai. Suami bagitahu anak cakap bas rosak sebab itu lambat sampai. Selepas balik kerja, saya nampak ada luka di bahagian dahi dia. Mulanya dia tutup  pakai rambut dia sebab rambut tu panjang. Bila tanya lagi, dia kata itu jerawat. Saya tengok macam luka. Saya tanya dia kena pukul dengan orang ka sebab pergi Singapura pun tak beritahu saya. Bila kena paksa baru dia cerita. Mengucap panjang bila dengar dia cerita.

Sujud syukur

Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, awal pagi semalam.

Sumber: Sharifah Shahira & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×