berita

Anak Lelaki Masih Trauma, Ziana Zain Fail Cerai

April 7th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kemelut rumahtangga Ziana Zain dan suami, Armin Zaharin mula menjadi bualan hangat selepas Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anak. Walaubagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memberitahu tujuan sebenar hanyalah untuk mengajar.

Kini timbul pula desas desus mengatakan Ziana Zain dilaporkan sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Ziana fail cerai

Selepas 20 tahun berumahtangga, Ziana Zain pada 3 April lalu dilapor memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas suami tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Menerusi laporan Astro Awani, peguam pemerhati Ziana Zain memberitahu, mereka sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya.

Ziana Zain walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan isu kontroversi yang melanda mereka kini.

Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Mahkamah Majistret Shah Alam semalam menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula bagi penyerahan dokumen berkaitan kes suami Ziana Zain, yang didakwa mencederakan anaknya, Februari lalu.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi memohon satu tarikh baharu berikutan penyediaan dokumen yang masih belum lengkap.

8 Mac lalu, Armin Zaharin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan. Jika sabit kesalahan, Armin boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Sumber : Astro Awani , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×