berita

‘Dia Bekerja Non-Stop’ – Anak Lim Guan Eng Pertahan Gambar ‘Tidur’ Di Parlimen

November 13th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini tular gambar Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng yang ‘lena’ tidur di dalam Dewan Parlimen. Gambar tersebut menerima pelbagai respon daripada netizen. Ada yang memerli, malah ada yang menyamakan beliau dengan menteri terdahulu semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Terkesan dengan kecaman netizen, anak Menteri Kewangan, Marcus Lim tampil mempertahankan tindakan bapanya itu. Dakwa Marcus, sejak dilantik menjadi menteri, bapanya sentiasa bekerja keras bagi memastikan ekonomi negara kembali seperti dahulu.

Bekerja keras

Gambar ini menunjukkan beribu maksud.

Semenjak ayah saya dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia, dia telah bekerja keras memikirkan bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah hutang negara. Dia berharap negara kita akan kembali seperti dahulu secepat mungkin. Mungkin bagi sesetengah mereka menganggap jawatan sebagai Menteri Kewangan merupakan jawatan yang glamourous, tapi bagi saya ianya merupakan sebuah pekerjaan yang sangat memberi tekanan padanya.

Sepanjang 6 bulan lepas, dia telah bekerja tanpa henti dari 8 pagi sehingga 11 malam, 7 hari seminggu. Saya pun tidak tahu sama ada dia mempunyai tidur yang mencukupi semenjak Mei lalu. Kadang kala dia tidak makan tengahari atau makan malam hanya untuk menghadiri mesyuarat, atau menyiapkan kerjanya di pejabat. Semasa sebelum pembentangan belanjawan, dia hanya tidur kurang 3 jam sahaja sepanjang minggu tersebut. Dia bekerja dengan rakan sekerjanya sehingga lewat malam dan kadang kala terpaksa tidur di pejabat hanya untuk menyiapkan belanjawan negara pertamanya. Dia akan pastikan setiap orang akan menerima kebaikkan walaupun negara hanya mempunyai dana yang terhad.

Bangga dengan ayahnya

Pernah sekali, saya mengikuti beliau bekerja sepanjang hari dan saya kepenatan selepas itu. Ramai yang bertanya saya bagaimana dia kekal kelihatan segara walaupun kerjanya yang sangat sibuk. Saya sampai sekarang tidak tahu bagaimana tetapi saya percaya bahawa minat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara yang membuatkan dia terus sentiasa bersemangat. Ibu saya pernah menasihatinya, tetapi dia masih lagi bekerja keras kerana dia yakin tidak lama lagi kesejahteraan rakyat dan negara akan kembali seperti dulu. Pernah juga, ayah saya pulang ke rumah lewat hampir tengah malam dan bagi tahu saya bahawa dia kepenatan hanya dengan melihat nombor ketika kerja. 

Dengan melihat gambar tersebut, mungkin ramai mengkritik dia, tapi bagi saya, saya amat berbangga dengan ayah saya. Bagi saya, dia adalah hero dalam hati saya. 

Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada pihak pembangkang kerana post gambar tersebut supaya ramai mengetahui bahawa ayah saya telah bekerja keras demi negara.

Sumber: Marcus Lim

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×