berita

‘Allah Sayang Kita Semua’ – Anak Mangsa Tragedi Lion Air JT610 Kongsi Detik Terakhir Bersama Ayah

October 30th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sehingga ke saat ini, sudah 7 mayat nahas pesawat tambang murah Lion Air yang terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara sudah ditemui. Paling menyedihkan apabila kenalan terdekat mula berkongsi kisah saat-saat terakhir mereka bersama mangsa sehingga undang sebak orang ramai.

Terbaru, menerusi instagram Samanthadww, dia meluahkan rasa sebak apabila casing telefon serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia.

Allah sayang kita semua

Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah

Menurut Samantha, foto itu keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018. Kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.

Foto bersama isteri

Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain. Difahamkan, foto yang terselit di belakang casing telefon itu merupakan foto bersama isterinya.

Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.

Semoga terus bersabar

Sumber : Bogor

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×