Seorang bapa nekad menuntut ganti rugi RM3 juta daripada sebuah universiti selepas anak perempuannya ditemui terbaring tidak bernyawa di lantai bilik asrama di Kedah, pada 21 Mei 2022.
Tuntut RM3 Juta
Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik. Bapa mangsa (plaintif) menyifatkan universiti (defendan) berkenaan gagal memastikan keselamatan penghuni dan gagal menyelenggara pemasangan elektrik dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan kematian.
Defendan juga didakwa gagal mengambil langkah penjagaan munasabah untuk memastikan mangsa selamat ketika menggunakan bilik itu.
Defendan juga didakwa gagal mengambil mana-mana langkah penjagaan munasabah untuk mengelakkan kecederaan, kerosakan atau kematian daripada renjatan elektrik.
Menyebabkan atau membenarkan peralatan elektrik khususnya lampu dinding atau peralatan lain yang rosak dalam bilik berkenaan menjadi dan kekal dalam keadaan rosak serta berbahaya.
Kegagalan untuk menggantikan atau membaiki lampu dinding elektrik atau peralatan lain yang rosak, selain mengambil langkah yang munasabah untuk menjadikan perkakas itu selamat digunakan.
Gagal mengambil langkah mencukupi sama ada melalui pemeriksaan berkala untuk memastikan pemasangan elektrik berada dalam keadaan yang secara munasabah adalah selamat, tidak rosak atau berbahaya.
Sumber: Berita Harian