berita

Anak Menangis Tengok Lakonan Sendiri, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Sangka Anak Berbakat

April 29th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Aeril_zafrel

Pelakon Aeril Zafril memuat naik satu rakaman video yang memaparkan reaksi anak perempuannya yang sedang menangis teresak-esak ketika sedang menyaksikan sebuah video.

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Terkejut Anak Tertarik Seluar Masa Live, Nasib Baik Sempat..

Sedih tengok lakonan sendiri

Foto: w4w4_zainal

Difahamkan, video yang sedang ditonton Hayla itu adalah hasil lakonannya sendiri menerusi sebuah drama raya yang kini sedang hangat ditayangkan. Rakaman video tersebut mendapat perhatian warganet apabila Hayla kelihatan sangat sedih dan menangis.

Hayla menangis tengok short film Pulanglah. Tak sangka anak ayah berbakat.

Baru lepas tengok video lakonan Hayla. Mama menangis. So talented la anak mama.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video di laman Instagram milik Aeril Zafril ini telah meraih 1.5 juta tontonan dan 100 ribu tanda suka.

Lembut betul hati dia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Ini baru betul tumpah kuah ke nasi ni

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap lakonan Hayla itu.

Sumber: Aeril_zafrel

SKIP THIS AD ×