berita

Anak Muda, Ayuh Sama-Sama Meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2020!

August 14th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kalau Hari Belia Negara pada tahun lepas disambut dalam bulan Ramadhan, tahun ini, Hari Belia Negara 2020 (HBN 2020) tetap diraikan secara meriah dengan masih menitik beratkan penjarakan sosial dan pematuhan operasi standard.

Kalau korang nak tahu, sambutan HBN 2020 yang dinanti-nantikan ramai ni bakal diadakan pada Sabtu ini, 15 Ogos 2020, pukul 3 petang tau! Nak tahu apa lagi yang ada di HBN 2020? Jom kami kongsikan!

Apa yang ada di HBN 2020?

Bertemakan ‘Dekad Ini Dekad Anda’, HBN 2020 kali ini lebih segar dan padat dengan pengisian program-program menarik walaupun negara kita masih dalam fasa pemulihan dari wabak Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSUKBS), Datuk M Noor Azman Taib berkata, tema ‘Dekad Ini Dekad Anda’, melambangkan signikasi tanggungjawab dan semangat teguh belia menghadapi cabaran sera dugaan bagi mencapai potensi maksima untuk melonjakkan negara.

Buat julung kalinya, HBN 2020 akan dirasmikan dalam acara kemuncak di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru oleh Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin dan bakal dihadiri barisan menteri dan tetamu istimewa lain.

Selain itu, HBN 2020 akan menampilkan dua acara utama iaitu Konvensyen Belia dan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Sebagai tanda menghargai jasa wira-wira negara yang menyalurkan bantuan kebajikan menerusi perkhidmatan tenaga sepanjang negara sibuk memerangi wabak Covid-19, satu program Anugerah Wira Belia Covid-19 turut akan diadakan pada hari tersebut.

Lebih meriah, terdapat pelbagai program di HBN 2020 yang korang boleh sertai!

Untuk pengetahuan korang, pada awal Julai lalu, Pertandingan Penciptaan Logo telah pun berlangsung dengan 135 penyertaan dari belia-belia seluruh negara tau! Kalau korang nak tahu, pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang siswazah dari universiti tempatan iaitu Muhammad Nur Syafiq Anuar. Tahniah!

Bagi menyemarakkan lagi sambutan HBN 2020, terdapat pelbagai campuran program fizikal dan maya yang terdiri daripada 5 kategori termasuklah, kepimpinan, ekonomi, sukan dan kecergasan; sosial serta pertandingan yang korang boleh sertai.

Bukan itu je, terdapat 17 lagi aktiviti lain yang sudah pun dijalankan secara maya seperti program HBN20 e-Sports Challenge dan Suara Lit (Kisah Belia Berjaya).

Jadi, apa tunggu lagi? Tunjukkan sokongan korang kepada HBN 2020!

Selamat menyambut Hari Belia Negara 2020. Dekad ini Dekad Anda!

Belia adalah tunjang negara, ayuh realisasikan potensi diri. Terus berjuang, inilah masanya.

#DekadIniDekadAnda #HariBeliaNegara

SKIP THIS AD ×