berita

[VIDEO] Anak Muda Guna Tiktok Martabat Tarian Tradisional Negara

September 3rd, 2020 | by Zulaikha
Video Popular

Aplikasi TikTok kini sinonim dalam kalangan remaja bahkan penggunaannya digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Penggunaan aplikasi TikTok tidak terhad hanya kepada hiburan semata-mata bahkan turut mempertontonkan mengenai keunikan seni tarian sesebuah negara.

Tiktok Tarian Indonesia

Terbaru, viral video cabaran TikTok berdurasi selama 18 saat yang memperkenalkan pelbagai jenis tarian tradisi Indonesia antaranya dari Kalimantan, Aceh, Jawa, Papua, Bali, dan Sumatera. Video tersebut mendapat 21.7k retweet dan 34.5k like menerusi laman sosial Twitter.

Video yang tular ini secara tidak langsung mendedahkan kepada kita semua mengenai pelbagai budaya seni yang terdapat di sesebuah negara dan memberi peluang kita sebagai ‘The ArmChair Traveller’ untuk mengenali dengan lebih mendalam. Pengunjung tidak perlu ke tempat tersebut bagi merasai pengalaman tersebut.

Malaysia turut tidak ketinggalan

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam berkongsi pelbagai tarian yang menarik antaranya Canggung, Cinta Sayang, Boria, Lenggok, Pooja, Piring, Nyonya, Zapin, Walinong Sari, Mulik Mayang, Wau Bulan, Mengkiluk,dan Rejang Be’Uh.

Menerusi video perkongsian rakyat Malaysia, ia jelas menunjukkan bahawa negara kita sebenarnya kaya dengan kepelbagaian seni tarian dan budaya yang mampu dijulang sekali gus menjadi aset tarikan pelancong asing.

Sumber TikTok @gulajawaofficial

SKIP THIS AD ×