Seorang individu meluahkan rasa gembira apabila berjaya menyahut seruan penyanyi Alif Satar yang mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.
Artikel Berkaitan: Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Suka Tengok Pengaruh Yang Dibawa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nasib Baik Allah Tutup Aib Saya, Kalau Dibuka Macam Mana?’ – Alif Satar
Pengalaman #GengSubuhMacamJumaat
Menerusi hantaran di TikTok, individu yang menggunakan nama @TodorokiAB berkongsi pengalamannya kepada umum.
Kongsi individu itu, dia bertolak dari kediamannya yang terletak di Bangi seawal jam 4.45 pagi untuk pergi ke sebuah masjid di Damansara.
Sepanjang perjalananya, dia memutarkan lagu berjudul Sesungguhnya yang dinyanyikan semula oleh Alif dan kumpulan nasyid terkenal, Raihan di dalam kereta.
Menurutnya lagi, kawasan masjid telah dipenuhi oleh jemaah meskipun azan Subuh belum berkemundang.
Dalam pada itu, individu tersebut turut berkongsi rasa gembira apabila berpeluang solat di belakang Alif selain dapat merakam foto bersama.
Tambahnya, para jemaah juga disediakan juadah ringan untuk dinikmati usai mereka mendengar kuliah Subuh.
Terdahulu, Alif menerusi perkongsian di TikTok mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.
Inisiatif yang dilakukan oleh penyanyi itu disambut baik oleh netizen dan rata-rata memujinya serta kagum dengan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang diterajunya itu.
Sumber: TikTok