Pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa akan kembali aktif dalam industri seni selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, Muhammad Bilal.
Artikel Berkaitan: Dekat DM Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa – ‘Bagi Bilal Besar Dulu Dan Kuat’
Tak nak tinggal Bilal lama
Menurut Neelofa, 33, dia akan tampil dengan program bual bicara tidak lama lagi. Bagaimanapun, kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, prioriti utama sekarang adalah Bilal dan dia enggan menyerahkan tugasan menjaga sebulat-bulatnya kepada pembantu.
Selepas berbincang dengan suami mengenai kerjaya seni, saya mungkin akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lama lagi. Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan.
Cuma, fokus lebih kepada perniagaan dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggalkan dia lama-lama dengan pembantu.
Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain. Kalau perniagaan pun mudah, sebab boleh buat dari rumah. Jarang pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak makan masa yang banyak.
Ditanya sama adakah akan kembali berlakon, bekas pengacara program MeleTOP ini menjawab; ‘Lakonan, tak rasanya.’
Neelofa dan Haris ditemui di majlis berbuka puasa bersama media di Restauran Cili Kampung Hartamas, Petaling Jaya, pada Khamis.
Haris bagi keizinan
Dalam pada itu, suami Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail mengizinkan dan yakin isterinya mampu membawa imej agama dengan baik.
Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara. Dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.
Dan Lofa Alhamdulillah, boleh ikut… pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah. Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat.
Soal lakonan, kita tak kata tak nak terbabit langsung, tapi itu bukan keutamaan sebab sekarang buat perniagaan dan masa tu tak ada. Lebih pada nak fikir perniagaan, ada produk baru nak lancar. Macam saya pun lakonan, setakat perancangan tak ada lagi.
Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @neelofa