Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada pendakwah terkenal, Arrazy Hasyim, 3, dilaporkan maut selepas dipercayai ditembak oleh abangnya, 5, secara tidak sengaja.
Maut ditembak
Foto: Coconut Jakarta
Menerusi laporan media tempatan, Arrazy Hasyim sedang berada di Tuban, Jawa Timur bagi lawatan keluarga. Ketika kejadian, keluarga Arrazy dalam perjalanan bersama pengawal peribadi yang dikenali sebagai M.
Bagaimanapun ketika M sedang solat, dia terdengar bunyi letupan kuat daripada senjata api dan dapat dilihat kanak-kanak berusia 5 tahun itu memegang pistol dan bermain bersama adik lelakinya.
Difahamkan, mangsa ditembak pada bahagian dagu dan M mendakwa dia telah menyimpan senjata berkenaan di dalam beg dan meletakkan di tempat yang selamat sebelum dia pergi menunaikan solat.
Untuk proses undang-undang, ia tidak akan diteruskan oleh Polis Tuban kerana (keluarga) mangsa telah memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan membuat dakwaan kerana ia adalah semata-mata kemalangan.
Bagaimanapun, M bakal menghadap jawatankuasa siasatan dalaman berhubung insiden tersebut di Ibu Pejabat Polis Negara.
Sumber: Coconut Jakarta