berita

‘Anak Perlu Lihat Kita Mengaji’ – Guna Konsep ‘Role Model’ Atasi Anak Liat Belajar Mengaji

April 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mendidik dan mendisiplinkan anak-anak. Sikap baik dan contoh teladan yang ditunjukkan ibu bapa inilah yang akan membentuk seorang insan yang berjaya kelak. Hal ini kerana, kebanyakan anak-anak yang masih kecil akan memerhati dan mengikut sikap yang diamalkan ibu bapa mereka.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang bapa, Ramzul Alam apabila anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu dikatakan agak ‘liat’ untuk belajar mengaji. Tetapi akhirnya lelaki ini berjaya menemui satu cara untuk mendidik anaknya itu supaya belajar mengaji.

Bab mengaji memang liat

Menceritakan kisah itu, Ramzul mengakui sejak kebelakangan ini agak sukar untuk mengajak anak lelakinya, Abdul Mateen untuk mengaji. Bapa ini juga memberitahu bahawa anak kecilnya itu langsung tidak merungut sekiranya diminta untuk membuat kerja sekolah atau aktiviti mewarna tetapi jika disuruh mengaji dia seperti tidak mahu melakukannya.

‘He wants to be like daddy’

Tambah Ramzul lagi, dia dan isterinya kini bimbang dengan sikap Mateen yang agak liat untuk belajar mengaji. Menurutnya, ada satu hari iaitu selepas waktu Isyak, dia mengajak Mateen untuk membaca Muqaddam dan pada awalnya anak kecil ini enggan menuruti dengan alasan dia sudah mengantuk. Namun selepas ‘dimarah’, Mateen akhirnya akur tetapi selepas lima minit kemudian dia melihat anaknya itu sudah tertidur di kerusi sedangkan waktu itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 8:45pm.

Tukar ‘game’

Pada keesokan harinya, Ramzul cuba menukar strateginya dengan memujuk Mateen. Dia kemudian memberitahu Mateen bahawa mereka berdua akan mengaji bersama-sama. Tanpa disangka-sangka anaknya itu dengan pantas meninggalkan segala alat permainannya dan mengikut Ramzul ke bilik untuk mengaji. Razmul akhirnya menyedari bahawa Mateen hanya akan ikut mengaji sekiranya mereka melakukannya bersama-sama.

Dah jumpa cara untuk buat Mateen mengaji

Sumber: Ramzul Alam

SKIP THIS AD ×