Pempengaruh dan pelakon Ryan Bakery memaklumkan anaknya iaitu Ryan Ezra telah dimasukkan ke wad sebuah hospital akibat demam panas dan batuk berkahak.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dia Bawa Lari Anak Kami Sekali?’ – Ryan Bakery Trauma Nak Ambil Pembantu Rumah
Artikel Berkaitan: Ryan Bakery Pertama Kali Sambut Hari Raya Sebagai Bapa, Akui Susah Nak Cari Baju Sedondon Dengan Anak
Batuk, demam
Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, memberitahu anaknya mula menunjukkan simptom tidak sihat dan batuk berpanjangan sejak 16 Julai lalu.
Namun selepas mendapatkan rawatan, keadaan anaknya dilihat semakin pulih sebelum tiba-tiba kembali demam semula selang dua hari kemudian.
Anak saya dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami batuk dan selesama. Bila batuk akan keluar kahak yang banyak. Pada 16 Julai, nampak macam kurang aktif dan tiada mood. Saya pegang badan dia rasa suam. Kemudian hidungnya berair dan mula batuk. Malam hari sama terus bawa ke hospital.
Doktor buat pemeriksaan dan bagi ubat. Doktor beritahu sekiranya sampai 18 Julai tidak baik, perlu bawa semula ke hospital. Tetapi pada 17 Julai makin teruk saya lihat.
Namun, pada 18 Julai itu badannya tiba-tiba dah sejuk dan dah tak demam. Nampak petanda-petanda dah sembuh. Ingatkan dah baik, rupanya semalam (19 Julai) naik balik suhu badan dia sampai cecah 38 celcius ditambah batuk dan menangis tak berhenti.
Itu yang terpaksa bawa semula ke hospital. Doktor beritahu kahak dia banyak dalam paru-paru.
Sementara itu, menurut maklumkan terkini, Ryan berkata doktor memberitahu terdapat jangkitan kuman dalam darah anaknya dan terpaksa diberikan suntikan antibiotik.
Info terkini, doktor kata ada kuman dalam darah anak saya. Doktor masukkan ubat antibiotik. Mohon semua mendoakan anak saya agar kembali sembuh semula.
Dalam pada itu, Ryan berkata dia mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku agar lebih berhati-hati mengawasi anaknya.
Sebagai bapa saya ambil pengajaran dengan yang berlaku, jangan bagi orang lain sesuka hati cium anak. Apabila jadi macam ini, yang ada hanya ibu dan ayah dia sahaja.
Ini akan dijadikan pengajaran untuk saya dan isteri. Apa pun semua sudah berlaku, selepas ini akan ambil langkah berjaga-jaga.