Hari raya semestinya hari yang bahagia untuk setiap umat Islam yang menyambutnya. Pelbagai persiapan yang dibuat untuk meraikan hari raya bersama keluarga tercinta.
Namun begitu, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani akui setiap tahun adalah raya yang sama baginya tetapi tidak untuk tahun ini.
Artikel Berkaitan: Akui Masih Ke Kelab Malam, Ismail Izzani Enggan Bersikap Hipokrit
Artikel Berkaitan: Nafi Larikan Diri, Ismail Izzani Mahu Bertenang – ‘Korang Yang Baik Mesti Dulu Pernah Jahat Juga ..’
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Buang Masa Jawab Kontroversi ‘Cium’ , Ismail Izzani Mengaku Salah
Anak buah
Ketika ditemui OhBulan!, pelantun lagu Bidadari menyatakan kehadiran anak saudara dalam keluarganya menjadi penyeri hari raya.
Tambah Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mael, dia beraya di ibu kota oleh kerana kesemua ahli keluarganya yang tinggal berdekatan.
Pada saya, setiap tahun, hari raya adalah sama. Tapi tahun ini berbeza dan saya lebih happy untuk meraikannya tahun ini.
Sebab keluarga saya kecil dan bila mama dah ada cucu ianya sebagai cahaya dalam keluarga.
Ismail Izzani berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa World Peace Entertaiment di The Black Basket, The Strand Mall.
Projek raya
Apabila ditanya tentang projek raya, Mael, 23, menyatakan akan tetap meneruskan minat dan bakatnya dalam menghasilkan muzik.
Innsya-Allah lepas raya saya akan lancarkan banyak lagu. Sebab tahun lepas ada beberapa lagu yang saya tak dapat nak lancarkan. Saya lebih mendalami muzik seperti ‘Indie’ dan ‘Underground’ untuk tahun lepas.
Saya rasa tahun lepas lebih banyak masa saya dengan muzik dan mempelajari lebih mengenainya.