Dengan isu yang hangat diperkatakan sebelum ini, penyanyi Ismail Izzani mengakui akan kesalahan yang dilakukan dan memilih untuk bersikap jujur.
Artikel Berkaitan: Nafi Larikan Diri, Ismail Izzani Mahu Bertenang – ‘Korang Yang Baik Mesti Dulu Pernah Jahat Juga ..’
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Buang Masa Jawab Kontroversi ‘Cium’ , Ismail Izzani Mengaku Salah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shalma Eliana Jawab Dakwaan Kena ‘Bomoh’, Mengaku Susah Nak Percaya Lelaki Selepas Putus Dengan Ismail Izzani
Ada sebab ke kelab malam
Menerusi laporan Kosmo, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri menyatakan bahawa setiap manusia melakukan kesilapan dalam kehidupan masing-masing.
Tambahnya, dia akui masih pergi ke tempat sebegitu (kelab malam).
Tentang pergi kelab malam atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).
Tapi saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.
Saya pasti orang media pun ada di sana juga. Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup ini kita banyak buat silap.
Haters banyak membantu
Pelantun lagu ‘Luar Biasa’ itu menyedari bahawa untuk memuaskan hati semua orang itu adalah tidak mungkin. Tambahnya, dia amat menghargai peminat yang betul-betul menyokongnya.
Ismail, 22, menyatakan orang yang membencinya (haters) banyak membantu dalam memberi peringatan dengan cara yang kasar.
Mereka (haters) membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya tidak akan betulkan apa yang salah.
Terdahulu, tular satu video sekitar hujung tahun lalu dimana memaparkan seorang lelaki miripnya yang sedang berpelukan dengan wanita seksi di sebuah kelab malam.
Sumber: Kosmo