Umum mengetahui, nama penyanyi, Ismail Izzani menjadi perbualan di media sosial selepas viral video mirip wajahnya sedang bercium dengan seorang wanita seksi di kelab hiburan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Shalma Eliana Jawab Dakwaan Kena ‘Bomoh’, Mengaku Susah Nak Percaya Lelaki Selepas Putus Dengan Ismail Izzani
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai – ‘Saya Penat Dah Sakitkan Hati Sesiapa’
Artikel Berkaitan: ‘Mengata Anak Orang Memang Seronok’ – Suliza Salam
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Di Kelab Malam, Didakwa Bercium Ghairah Dengan Wanita Seksi?
Terbaru, Ismail Izzani dipercayai mengelak daripada bertemu media selepas persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagu ‘Habis Sini’ di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) hari ini. Menurut pihak pengurusan Ismail Izzani, dilaporkan sudah pulang walaupun SFMM37 masih berlangsung.
Sudah pulang awal?
Di Instagram, Ismail Izzani sempat memuat naik beberapa posting yang menunjukkan dirinya perlu bergegas ke lapangan terbang selepas melakukan persembahan sebentar tadi. Menurut Ismail atau lebih mesra disapa Mail, apa yang berlaku biarlah dirinya sahaja yang tahu serta ahli keluarga.
Cakap apa yang korang nak cakap. Saya masih di jalan saya. Suka tenaga korang. Have a nice day!
Ujar Mail lagi, dia mahu melangkah kehadapan dan memperbaiki apa yang sudah berlaku.
Saya tidak perlu bercerita kepada semua orang kerana mereka tidak tahu yang mana betul atau salah. Saya tak mahu buang masa saya. Saya mengaku kesalahan saya sebagai manusia biasa. Buruk atau baik saya tetap akan jadi diri saya. Kalau korang nak judge saya lari daripada media, teruskan.
Tambah Mail, dia berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat dirinya. Tambah Mail lagi, dia tidak mampu berjanji apa-apa kepada semua orang tetapi akan terus berusaha menjadi baik di masa hadapan.
Ini kehidupan dan perjalanan hidup saya.
Posting Ismail Izzani
Sumber: Ismail Izzani