berita

‘Kalau Awak Berani Kena Sondol, Kaki Saya Saiz 11’ – Kak KM Beri Peringatan Buat Suami, Tolak Hidup Bermadu

October 2nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun belum pernah melalui situasi ‘disondol’, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Kak KM berkata dia tidak mahu berkongsi suami dengan wanita lain.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Baik Sahaja, Suami Tak Nak Tinggalkan Saya’ – Kak KM Jawab Dakwaan Bakal Jadi Janda

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beri Normah Damanhuri Hadiah Gelang Emas 80 Gram, Taja Sambutan ‘Birthday’ Di Hotel

Tak boleh salahkan penyondol

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, perkara terbabit tidak akan berlaku sekiranya indvidu yang ‘disondol’ tidak melayan pihak yang cuba menggoda.

Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan. Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya.

Ujarnya lagi, sebagai isteri dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada bermain kayu tiga dengan wanita lain.

Saya hanya ‘sound’ sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia. Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11.

Tegas Kak KM, dia tidak akan hidup bermadu.

Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. Kaki saya akan pergi dahulu, tak payah benda-benda lain. Kaki saiz 11, berani?

Video

@ohbulanofficial

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×