berita

Anak Siapa Pula Mengendap Dekat Belakang Pagar Rumah Ni?

January 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Merasai kewujudan makhluk halus sememangnya suatu perkara yang sukar digambarkan bagi sesetengah individu. Apatah lagi jika berjaya melihat makhluk tersebut dengan kaca mata sendiri.

Di Facebook, seorang juru gambar yang dikenali sebagai Bon Raizu Fiqry, berkongsi foto kelibat misteri yang berada di belakang pagar rumahnya. Seramnya!

Ada kelibat misteri

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan itu, jelas kelihatan susuk tubuh seakan manusia yang sedang berdiri dalam gelap berdekatan pagar rumah. Tambah menghairankan apabila ‘kelibat’ itu mula menghilangkan diri beberapa kali sebelum muncul semula.

Anak siapa pula ngendap dekat belakang pagar rumah ni? Haihh ada-ada jela korang ni. Kejap ada kejap tak ada. Nak kata anak Rohingya, rumah semua dah gelap, nak kata anak jiran belakang, mustahil, aku cari kucing aku belakang tu tadi tak ada sesiapa pun em.

Setelah dikongsi di media sosial, ada pengikutnya cuba menyunting kecerahan gambar tersebut. Hasilnya? Boleh tengok di bawah, memang seram!

Macam pendekar dan bertanduk

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai apa yang mereka nampak. Ada yang nampak dua kelibat misteri seakan warga emas dan kanak-kanak. Malah, salah satu daripada kelibat tersebut dipercayai mempunyai tanduk.

Sumber: Bon Raizu Fiqry

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×