Dr Sheikh Muszaphar berkongsi satu video dan pengalaman yang cukup traumatik apabila bayi kembar dalam kandungan isterinya, Dr Halina, tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini semalam.
Jatuh dengan kuat
https://www.instagram.com/p/CFgI0sEH-L4/
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, anak kembarnya iaitu Adam dan Noah telah terjatuh di atas perut isterinya semasa mereka sedang bermain. Tambahnya, mereka jatuh dengan kuat pada waktu itu. Selepas kejadian tersebut, isterinya hanya mendiamkan diri sehingga salah seorang anak kembar di dalam perut tidak bergerak dan menendang. Hampir dua jam Dr Halina melalui detik cemas itu.
Ujarnya lagi, dia berasa tidak sedap hati kerana kembar di dalam perut isterinya itu selalu aktif pada waktu malam. Beliau turut memberitahu kembar perempuan sepatutnya paling aktif pada waktu tersebut. Mereka berdua telah bergegas ke bahagian kecemasan untuk melakukan pemeriksaan. Dr Sheikh Muszaphar turut memberi nasihat buat ibu mengandung agar tidak mengambil mudah dalam apa jua yang berlaku.
Pernah lalui 13 tahun lepas
Rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen. Mereka turut mendoakan kesihatan Dr Halina dan bayi dalam kandungan agar berada keadaan yang sihat sentiasa. Dr Sheikh Muszaphar turut memberitahu yang beliau tidak memarahi Adam dan Noah kerana mereka masih kecil.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar