berita

Anak Tikam Ibu Diperintah Ke Hospital Permai Jalani Pemeriksaan Mental

November 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial apabila seorang wanita maut selepas ditikam anak sendiri di Taman Impian, Kuantan, Pahang baru-baru ini. Suspek yang berusia 38 tahun itu dipercayai mengamuk sebelum bertindak menikam ibunya kemudian meletakkan mayat di atas kerusi roda.

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh dihadapkan ke Mahkmah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh ibunya.

Dipercayai sakit mental

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali memberitahu kejadian tersebut disedari orang awam yang berada di salah sebuah gerai berdekatan. Suspek yang dipercayai sakit mental menikam ibu menggunakan pisau dapur di bahagian kiri leher.

Tambahnya, kejadian yang berlaku antara 8.30 hingga 10.30 pagi turut menyaksikan suspek meletakkan mayat ibunya di dalam kerusi roda dan menolak keluar dari rumah sejauh kira-kira 50 meter. Ketika orang awam cuba menenangkannya, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya.

Menjalani pemeriksaan mental

Tertuduh yang dihadapkan ke Mahkmah Majistret Kuantan hari ini, mengangguk faham sebaik sahaja Majisret membacakan pertuduhan tersebut. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor.

Sebutan semula kes akan dilakukan pada 17 Disember ini selepas pihak mahkamah memperoleh keputusan laporan mental daripada pihak hospital. Jika sabit kesalahan, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×