Penyanyi Datuk Nora Arifin memaklumkan telah mengambil tindakan terhadap individu yang dipercayai merupakan anak tirinya didakwa memuat naik ciapan menghasut di platform X.
Artikel Berkaitan: Nora Arifin Bakal Berpisah Kali Kedua Dengan Suami, Dakwa Diugut Madu & Anak Tiri? – ‘Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’
Tak pernah ambil tindakan
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), penyanyi berusia 51 tahun itu berkata sejak tahun 2019 dia mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan balas.
Dari 2019 saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya di media sosial.
Tetapi sekarang nasi sudah menjadi bubur. Biar undang-undang yang menentukan.
Hantaran kebencian
Sebelum ini, seorang individu dipercayai anak tirinya telah memuat naik satu ciapan yang berbaur kebencian dan menghasut.
Individu itu disyaki berharap Nora meringkuk di dalam neraka kerana membuat ibunya menderita.
Kata individu itu, dia turut berharap agar Nora membaca kesemua ciapan yang dimuat naik di platform X.
Terdahulu, Nora difahamkan bakal bercerai untuk kali kedua bersama suami, Dr Rushdi Ramli.
Sumber: Instagram