berita

Anak Tuang Sirap Atas Lensa Kamera, Photographer Ini Berang Ibu Bapa Buat ‘Tak Tahu’

November 11th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perilaku dan tindak tanduk anak semasa berada di majlis keraian hendaklah sentiasa dipantau untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika anak terlalu aktif sehingga mengundang rasa tidak senang tetamu yang lain.

Seperti perkongsian individu ini di Twitter, lensa kameranya dijadikan ‘cawan’ ketika dia sedang sibuk mengambil gambar pengantin. Tambah menyedihkan apabila ibu bapa yang menyedari perkara tersebut langsung tidak meminta maaf.

‘Pergi tuang sirap atas lens’

Photographer perkahwinan yang menggunakan nama Bak, meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak menyiram air sirap di lensa kameranya. Ketika kejadian, dia sedang sibuk mengambil gambar pengantin sebelum menyedari kanak-kanak tersebut menggunakan lensa sebagai cawan. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila ibu bapa langsung tidak meminta maaf.

‘Jadi mak bapak tak ada perasaan malu’

Di ruangan balas, netizen turut meluahkan rasa kekecewaan dengan sikap segelintir ibu bapa yang memandang ringan perkara sebegini. Menurut mereka, seeloknya anak-anak dipantau ketika berada di majlis keraian untuk mengelakkan perkara sebegini berulang.

Photographer kena ada inisiatif

Tidak kurang juga yang menasihati photographer agar tidak meletakkan barangan berharga sembarangan. Sebagai seorang photographer, sebolehnya dia menyediakan sebuah beg khas untuk menyimpan lensa gantian.

Sumber : @ohlobak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×