berita

Hanya Jemput 150 Orang Ke Majlis Kahwin, Pengantin Tahan Malu Lauk Tak Cukup – ‘Rupanya Saudara Jemput Jiran Sekali’

January 6th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Apa perasaan apabila majlis perkahwinan yang sudah dirancang hancur disebabkan oleh sikap pentingkan diri orang sekeliling?

Itulah yang dirasai oleh pasangan pengantin yang begitu kecewa apabila mereka terpaksa menahan malu selepas juadah makanan serta goodies yang mahu diberikan kepada para tetamu tidak mencukupi.

Artikel Berkaitan: Majlis Kahwin Huru-Hara, Netizen Dakwa Pengantin Perempuan Tak ‘Happy’?

Makanan dan goodies tak cukup

Menerusi perkongsian dimuat naik individu bernama Azizul Azli Ahmad di Facebook, difahamkan pasangan pengantin itu hanya menjemput 150 jemputan sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Namun, lain pula jadi apabila ada segelintir saudara-mara lain menjemput jiran tetangga dengan alasan untuk memeriahkan lagi majlis.

Dorang cakap sikit sangat jemput 150 orang, pada dorang macam tak logik hanya seramai itu pada zaman sekarang ni.

And you know what, tanpa saya tahu masa majlis itu saudara-mara saya pandai-pandai ja jemput jiran-jiran dorang sekali datang majlis saya atas alasan nak memeriahkan majlis.

Perkara tersebut telah menyebabkan majlis perkahwinannya menjadi huru-hara sehinggakan ada tetamu hanya sempat menjamah kuih yang disediakan kerana lauk utama sudah kehabisan.

Makanan semua jadi tak cukup. Goodies jangan cakap lah, huru-hara dan ramai tetamu yang tak dapat.  Ada yang dapat makan kuih ja sebab lauk buffet dah habis.

Daripada 150 jemputan, jadi 400 jemputan. Rosak majlis saya dan sampai sekarang saya termenung bila fikir balik pasal majlis itu.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian dan respon daripada wargamaya yang dilihat mengecam tindakan saudara-mara kepada pasangan pengantin berkenaan.

Menurut mereka, meskipun mempunyai pertalian darah dalam keluarga, itu bukanlah tiket bagi mereka untuk melakukan sesuka hati dan mereka perlulah menghormati pengantin yang sudah membuat perancangan awal.

Komen netizen

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×