berita

[VIDEO] Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib & Watie

July 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak nampak kelibat penyampai radio, Jep Sepahtu di majlis perkahwinan Shuib bersama Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu menjadi bualan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’

Artikel Berkaitan:  ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leher Watie Terdedah, Shuib ‘Sweet’ Tutup Guna Tangan

Kenapa tak pergi?

@ichanurintashah Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fyp??viral #foryoupage #masukberandafyp? #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #viral #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg #pelawakmalaysia ? original sound – nurinnatashah??

Terbaru, Jep, 38, akhirnya tampil menjawab spekulasi itu menerusi siaran langsung di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik semula, dilihat pengikut bertanya kepada Jep mengenai kenduri kahwin Shuib.

Jep, kenapa tak pergi Shuib kahwin?

Pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin mendedahkan dirinya tidak menerima jemputan daripada Shuib.

Oh saya tak dijemput.

Jawapan ‘straight forward’

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan jawapan suami kepada aktres, Sari Yanti yang tidak berkias langsung.

Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×