berita

Anak Zahid Hamidi Nafi Terima Gelaran Dato’ Kerana Menjadi Ketua Perbarisan

September 4th, 2015 | by Ash Nordin
Lensa Insta

AnakZahid

Ekoran dengan kecaman hebat mengenai status dan gelaran Dato’ yang diterima anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini, Nurul Hidayah menepis dakwaan tersebut melalui akaun Instagramnya semalam.

Dakwaan yang menyatakan kononnya gelaran Dato’ yang diterimanya adalah kerana jasa sebagai Ketua Perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah itu bukan keluar daripada mulutnya sendiri dan ia datang daripada kerjayanya sebagai Ketua Korporat Komunikasi di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Saya tidak pernah membuat kenyataan itu

nurulzahid (1)

Hak bersuara saya dinafikan. Tetapi sy tampil utk menafikan bahawa sy tidak pernah mengeluarkan apa2 kenyataan bahawa gelaran Dato’ itu adalah kurniaan yg sy terima kerana menjadi ‘Parade Commander’ atau Ketua Perbarisan dlm satu acara Askar Wataniah. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu. Sy mendapat anugerah itu berasaskan kerjaya sy sebagai Ketua Komunikasi Korporat/Vice President di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Gelaran Dato’ TIDAK TERHAD. Ia Adalah Satu Kurniaan Kepada Sesiapa Sahaja

hqdefault (1)

Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato’ TIDAK TERHAD kepada ‘jasa’ apa yang diberikan oleh seseorang kpd sesebuah negeri.Ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yg Tuanku kehendaki Walaubagaimanapun, gelaran Dato’ itu adalah gelaran didunia sahaja. Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup. Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah

Sumber : Instagram Nurul Zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×